Satu pertandingan Teknologi Pelancaran Roket air telah diadakan dikalangan murid-murid tahun enam yang baru selesai menduduki peperiksaan UPSR. Sebanyak 26 pasukan bertanding dalam dua kategori iaitu paracut dan trajektori. Adalah diharapkan pertandingan ini akan menimbulkan minat murid terhadap Sains Angkasalepas. Tahniah kepada mereka yang berjaya.
Majlis berbuka puasa 2011 telah diadakan pada 9 OGOS 2011 bersamaan dengan 9 Ramadahan 1432. Seramai 196 jemputan meng hadiri majlis tersebut. Terima Kasih kepada Semua yang terlibat dalam majlis ini. Semuga apa yang anda lakukan dirahmati Allah jua, InsyaAllah.
Sekolah Kebangsaan Dewan Beta Telah mengadakan sambutan hari Guru pada 16/05/2011 yang lalu. Berbagai acara diadakan dan semua guru dan murid memberi sokongan kepada semua program yang dianjurkan.